Kerjaya bola sepak adalah sesuatu yang mengujakan apabila pemain itu berjaya menjadi pemain terbaik. Dengan pemilikan kelab oleh jutawan terutama dari timur tengah, pemain menerima impak positif. Terbaru, pemilikan Paris Saint Germain dan Anzhi Makhachkala. Kelab Rusia, Anzhi dijangka memperkenalkan Samuel Eto'o hari ini selepas membawa Roberto Carlos dan Yuri Zhirkov.
MAHALNYA... inilah statistik gaji yang dibayar Anzhi kepada Samuel Eto'o. |
Namun, terdapat perkhabaran pelik Anzhi untuk mendapatkan Eto'o. Kelab itu sanggup membayar gaji £300 000 seminggu. Ini bakal menjadikan Eto'o pemain paling tinggi bayaran gaji di dunia. Namun, persoalannya, berbaloikah kelab Rusia itu membayar gaji yang terlalu mahal itu dan sekaligus mendesak pemain lain meminta gaji lebih tinggi dari kelab mereka?
Sebelum Eto'o berpindah secara rasmi ke Anzhi, berikut adalah senarai 10 pemain yang mempunyai gaji tertinggi di dunia (tahunan).
10. Emmanuel Adebayor (Manchester City): £8.4 juta
9. John Terry (Chelsea): £9 juta
8. Kaka (Real Madrid): £9 juta
7. Zlatan Ibrahimovic (AC Milan): £9 juta
6. Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich): £9.7 juta
5. Samuel Eto'o (Inter Milan): £10.5 juta
4. Yaya Toure (Manchester City): £10.8 juta
3. Lionel Messi (Barcelona): £11 juta
2. Wayne Rooney (Manchester United): £11.5 juta
1. Cristiano Ronaldo (Real Madrid): £12 juta
Social Plugin