AVB UBAH POLISI PEMBELIAN PEMAIN THE BLUES

Kehadiran pengurus muda, Andre Villas-Boas ke Stamford Bridge nyata memberikan impak kepada The Blues apabila polisi pembelian pemain bintang kelab berubah kepada pembelian pemain muda berpotensi. Nampaknya, AVB mahu melakukan rombakan dengan menyingkirkan pasukan 'tua' yang dicipta Jose Mourinho dan digantikan dengan pemain muda berbakat Eropah

BERBAKAT... AVB memperkenalkan Romeu dan Lukaku dalam sidang media malam tadi.
Ketika jendela perpindahan hanya tinggal seminggu sebelum ditutup, Chelsea telahpun berjaya mendapatkan empat pemain muda berbakat (termasuk Mata). Polisi ini seakan sama seperti yang dilakukan Alex Ferguson yang turut membawa masuk pemain muda serta kembalinya pemain dari pinjaman. Mungkinkah pemain muda pilihan AVB ini mampu memberikan impak segera dalam LPI musim ini?

PEMAIN YANG BAKAL KE SAMFORD BRIDGE

JUAN MANUEL MATA (SEPANYOL)

MATA... tertarik dengan pelawaan Fernando Torres ke London bersama Chelsea.
THIBAUT COURTOIS (BELGIUM)

COURTOIS... dipinjamkan semusim ke Sepanyol bersama Atletico Madrid.
LUCAS PIAZON (BRAZIL)

PIAZON... digelar 'Kaka' baru oleh media antarabangsa.