WIRA... Luke Chadwick tunjukkan kelemahan Norwich City. |
Pasukan milik chef terkenal Britain, Delia Smith iaitu Norwich City dimasak secukupnya oleh MK Dons dalam Piala Liga semalam. Tindakan pengurus, Paul Lambert melakukan rombakan pasukan selepas seri dengan Stoke City nyata memakan diri dengan keputusan memalukan tewas 0-4 di gelanggang sendiri, Carrow Road.
SIMON JACKSON... gagal memberi impak seperti yang diharapkan peminat Cannaries. |
Di sini, timbul persoalan kemampuan Norwich untuk kekal di peringkat tertinggi selepas banyak pihak meragui kemampuan anak buah Paul Lambert ini. Memori musim 2004/05 pasti pahit untuk dikenang Cannaries namun jika tiada sebarang pembelian 'hebat', mungkin Liga Kejohanan lebih sesuai bagi Norwich.
Social Plugin