Chelsea FC hari ini melancarkan jersi ketiga pasukan dengan menggunakan warna putih sebagai warna utama. Ianya diselangi dengan warna hitam dan kuning bahagian dada pemain. Sekali pandang, ada yang menyangka Chelsea mengilhamkan jersi ini dari rekaan jersi musuh seteru, Tottenham Hotspurs musim lalu.
TIGA ELEMEN... hitam, kuning dan putih menjadi pilihan Chelsea musim ini. |
KALOU... sentiasa menjadi model setiap kali jersi Chelsea. |
Mungkinkah angka tiga membawa tuah kepada pasukan bimbingan Andre Villas-Boas musim ini? Namun, kepada peminat The Blues, jersi ini akan hanya dilancarkan pada 25 Ogos ini dan pembelian pra-pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web Chelsea. Apa agaknya tuah Chelsea dengan jersi ini?
Social Plugin