LEO PEMAIN TERBAIK UEFA 2011

TERBAIK... Messi terus agung mendominasi pentas bola sepak dunia.
Pemain cilik dan licik Barcelona, Lionel Messi diumumkan sebagai Pemain Terbaik UEFA 2011. Messi menerima anugerah ini atas pilihan 53 panel yang terdiri dari wartawan sukan. Menariknya, pemecah rekod jaringan terbanyak La Liga, Cristiano Ronaldo berada di tempat ketiga berbanding Xavi Hernandez di tempat kedua. 

XAVI... perancang setiap pergerakan Barca berada di belakang Messi.
RONALDO... kejayaan peribadi tidak mampu membantunya memenangi Anugerah Pemain Terbaik UEFA.
Anugerah ini diberikan kepada Lionel Messi kerana kejayaan berganda Barcelona menjuarai La Liga dan Liga Juara Juara dimana menyaksikan Messi mencatat 53 gol dalam semua kejohanan. Terbaru, hasil jaringan Messi, Barcelona berjaya merangkul trofi Piala Super Sepanyol minggu lalu selepas menewaskan Real Madrid.

ANTARA CALON LAIN:~

4) Andres Iniesta (Barcelona)
5) Radamel Falcao (Porto/Atletico Madrid)
6) Wayne Rooney (Manchester United)
7) Nemanja Vidic (Manchester United)
8) Zlatan Ibrahimovic (AC Milan)
9) Gerard Pique (Barcelona)
10) Manuel Neuer (Schalke 04/Bayern Munich)