PENANTIAN BERAKHIR, SELAMAT PULANG CESC

MEMORI.... kini Fabregas akan beraksi bersama Pique dan Messi semula.
Penantian perancang Sepanyol, Cesc Fabregas untuk kembali ke Barcelona akhirnya menemui titik nokhtah apabila kelab Catalan itu berjaya menyempurnakan perpindahan Fabregas ke Nou Camp dengan yuran £35 juta. Fabregas telahpun lulus pemeriksaan kesihatan dan akan diperkenalkan hari ini.
KEMBALI... aksi Fabregas selepas tiba di Barcelona.
LULUS... Fabregas menjalani pemeriksaan kesihatan.
KEMBALI... namun adakah Fabregas akan dikenakan Gooners sebagai lagenda kelab?
SELAMAT TINGGAL... lambaian Fabregas kepada penyokong Arsenal mungkin.
Menurut sumber, bekas kapten Arsenal ini menandatangani kontrak lima tahun. FC Barcelona turut mengumumkan bahawa Fabregas bakal menggunakan jersi no.4 pasukan. Akhirnya, hasrat Fabregas sudahpun ditentukan sambil masa depan Samir Nasri masih dalam perhatian kelab besar seperti Manchester City dan Chelsea. Mampukah Arsenal menamatkan kemarau trofi musim ini tanpa Fabregas dan Samir Nasri mungkin?