PERLAWANAN ENGLAND - BELANDA DIBATALKAN


Angkara rusuhan jalanan yang semakin buruk, FA England terpaksa membatalkan perlawanan persahabatan antara England dan Belanda yang dijadualkan esok. Sehubungan itu, pasukan The Orange tidak akan ke Wembley atas faktor keselamatan. Jadi, peminat bola sepak hilang satu perlawanan yang dijangka menarik minggu ini. 
TERUK... keadaan huru-hara di England semakin tidak terkawal.
HAJAT TAK SAMPAI... Tom Cleverly terpaksa melupakan hasrat penampilan untuk England.
Lebih menyedihkan, bintang muda Manchester United yang menyinar semasa Perisai Komuniti, Tom Cleverly, kempunan untuk meraih kaps pertamanya untuk England. Namun, beberapa perlawanan lain turut dibatalkan seperti Ghana menentang Nigeria. Manakala beberapa perlawanan domestik di Liverpool, Bristol, Birmingham dan London ditangguh. Jika keadaan masih tidak terkawal, besar kemungkinan beberapa perlawanan Liga Perdanan Inggeris minggu ini akan dibatalkan.

PERLAWANAN DIBATALKAN
ENGLAND lwn BELANDA
GHANA lwn NIGERIA

PERLAWANAN DITANGGUH (PIALA CARLING)
BRISTOL lwn SWINDON
CHARLTON lwn READING
CRYSTAL PALACE lwn CRAWLEY
WEST HAM lwn ALDERSHOT