TONY... hampir pasti menjadikan QPR miliknya. |
Kelab berpengkalan di London yang baru dipromosikan ke LPI musim ini, Queen Park Rangers bakal dimiliki oleh jutawan Malaysia, Datuk Tony Fernandes. Dikhabarkan, hari ini Tony kini tiba di London bagi menyelesaikan urusan pembelian saham dari bos Formula 1 yang juga pemilik QPR, Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore.
QPR... kembali bersaing dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. |
Ecclestone memiliki 62 saham kelab sedia menjualnya pada harga £100 juta. Urusan ini dijangka akan diselesaikan secepat mungkin sebelum tamatnya jendela perpindahan. Khabarnya, Tony akan menyediakan dana sebanyak £10 juta kepada pengurus, Neil Warnock untuk membawa pemain baru. Ini juga adalah khabar gembira buat bola sepak negara kerana ia mungkin akan memberikan peluang pemain negara menimba pengalaman di Eropah dan mencuba nasib di LPI, siapa tahu?
Social Plugin