JADI BURUAN... kelibat Safee Sali nyata mencuri tumpuan kelab Eropah. |
Penyerang berbisa Harimau Malaya dikhabarkan bakal ke Jerman selepas mendapat pertanyaan dari tiga kelab di sana. Selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Pelita Jaya dan Harimau Malaya serta dua gol menentang Liverpool, bakat Safee nyata diperhatikan kelab Bundesliga. Namun, menurut Safee, tiada sebarang tawaran rasmi dikemukakan dan masih diperingkat awal.
SAFIQ... mungkin meninggalkan Selangor ke ISL musim depan. |
Dalam pada itu, Safiq Rahim menarik minat kelab di Indonesia. Safiq secara berterus-terang menyatakan hasratnya untuk ke Indonesia dan semalam pihak FAS turut menyatakan kesediaan melepaskan pemain tengah kreatif ini.
AMIRUL HADI... tidak terkecuali diminati pasukan jiran dan Asia. |
Pemain sayap, Amirulhadi Zainal turut menjadi buruan kelab Liga Jepun dan Indonesia. Ini adalah peningkatan positif yang berlaku dalam arena bola sepak tempatan. Jadi, jangan pernah katakan tidak menyokong pasukan kebangsaan. Semoga khabar yang tersiar menjadi realiti dan kita bakal saksikan pemain Malaysia beraksi di liga antara lima liga terbaik di dunia. Semoga maju jaya Safee Sali.
Social Plugin