FC VION... trio negara sah menjadi milik FC Vion secara pinjaman. |
Putbolanews mengucapkan sekalung tahniah dan selamat maju jaya kepada trio Olimpik Negara, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor kerana terpilih menyertai pasukan Slovakia (Corgon Liga), FC Vion Zlate Moravce secara pinjaman tiga bulan. Trio ini telahpun menandatangani kontrak dan terpaksa melupakan Aidilfitri dan menetap di Slovakia.
Andai FC Vion berpuas hati dengan prestasi mereka, mungkin perpindahan secara kekal akan berlaku. Ini secara tidak langsung membuka jalan kepada lebih ramai pemain muda negara berhijrah ke liga di Eropah. Untuk rekod, FC Vion kini berada di tangga ketiga Liga Corgon, dua mata dibelakang pendahulu, Slovan Bratislava. Semoga berjaya!
Social Plugin