WENGER... masih kekal dengan polisi untuk tidak berbelanja besar. Foto: CNN |
Dua minggu menjelang sepak mula Liga Perdana Inggeris musim 2013-14, penyokong Arsenal masih menunggu kelab utara London itu melakukan pelaburan besar dalam pasaran perpindahan pemain.
Selain dari penambahan Yaya Sanogo, Arsenal masih belum berbelanja untuk pemain berstatus bintang. Menurut Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis menjanjikan kepada penyokong bahawa kelab mampu melakukan pelaburan besar dalam pasaran perpindahan dan membayar gaji pemain setaraf Wayne Rooney (sekitar 250,000 pound seminggu).
SUAREZ... hangat dikaitkan ke Stadium Emirates. Foto: Skysports |
Gonzalo Higuain, Luis Suarez dan Marouane Fellaini semuanya dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates namun sehingga ke hari ini, masih belum ada tanda-tanda jelas dari Arsene Wenger untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang dari sasarannya.
Menurut fakta, dari 209 senarai pemain yang dikaitkan dengan Arsenal dalam 12 bulan ini, hanya tiga orang pemain sahaja yang menyertai kelab seperti Yaya Sanogo, Nacho Monreal dan Dan Crowley.
berang dengan kurangnya aktiviti pembelian pemain di Emirates, sebuah laman web penyokong Arsenal, LadyArse telah menyenaraikan nama-nama pemain yang berada dalam radar Gunners sejak Oktober 2012, namun tiada seorang pun dari mereka ditandatangani kelab.
Ayuh saksikan senarai bintang dan pemain muda berbakat yang dikaitkan dengan Arsenal.
Sumber: LadyArse, skysports, CNN
Tag: Arsenal news transfer, Arsenal fc, transfer news arsenal, arsenal sign, arsenal squad
Social Plugin