Utusan Malaysia hari ini melaporkan kejayaan anak buah Paul Revington layak ke FIH Piala Dunia 2014 di Belanda. Secara matematiknya, skuad hoki kebangsaan telah layak ke Piala Dunia tanpa perlu menjuarai Piala Asia di Taman Daya, Johor Baru hujung Ipoh yang bermula esok.
Ini berikutan keputusan mengecewakan yang dicatatkan Ireland dan Republik Czech dalam Kejohanan Hoki Eropah Trifinance 2013 (Trifinance Eurohockey Championship 2013) di Belgium. Ramai pembaca mempersoalkan mengapa hanya kedua-dua pasukan ini mampu mencuri tempat ke Piala Dunia. berikut merupakan penjelasannya.
Piala Dunia Hoki Rabobank 2014 akan dianjurkan di Belanda. Untuk itu, Belanda selaku tuan rumah, layak secara automatik ke Piala Dunia. Kini terdapat 11 lagi slot untuk direbut lain-lain pasukan untuk layak (12 slot keseluruhan). Berikut merupakan kejohanan yang menawarkan slot ke Piala Dunia dan beberapa pasukan yang telah layak ke Piala Dunia.
![]() |
PIALA DUNIA... Senarai kejohanan yang menawarkan slot ke Piala Dunia. |
Enam pasukan berjaya layak ke Piala Dunia selepas menduduki tempat pertama hingga ketiga dalam Separuh Akhir Kejohanan Hoki Dunia FIH Jun lalu. Untuk slot di Malaysia, pasukan Korea Selatan layak secara automatik walaupun menduduki tempat keempat setelah pasukan tempat ketiga, Argentina menjuarai kejohanan benua (Pan America Cup 2013).
Untuk rekod, juara setiap benua akan layak ke Piala Dunia. Dalam kes Ireland dan Republik Czech, kedua-dua pasukan ini berpeluang layak ke Piala Dunia jika menjuarai kejohanan benua Eropah namun kedua-dua pasukan ini gagal melepasi peringkat kumpulan dengan pasukan yang layak ke separuh akhir merupakan pasukan yang telah mengesahkan tempat ke Piala Dunia.
![]() |
Kedudukan Peringkat Kumpulan Benua Eropah |
Untuk itu, satu slot kini diberikan kepada pasukan yang menduduki tempat kelima Separuh Akhir Kejohanan Hoki Dunia FIH, terdapat dua pasukan, Sepanyol dan Malaysia. Mengambil kira kedudukan terkini ranking dunia, Sepanyol akan layak secara automatik selepas menghuni tangga keenam dunia manakala Malaysia ketigabelas.
Anak buah Paul Revington dilaporkan layak ke Piala Dunia dengan mengisi slot yang ditinggalkan Australia / New Zealand, selepas hanya kedua-dua pasukan pasukan itu bertanding kejohanan di peringkat benua Oceania. Selain Malaysia, India dan Jepun masih berpeluang layak ke Piala Dunia jika menjuarai Kejuaraan Piala Asia yang bermula esok.
Sumber: Utusan, FIH, TrifinanceEurohockeyChampionship
Social Plugin