Berikut merupakan beberapa jenis but bola sepak yang didedahkan oleh beberapa portal sebelum pelancaran rasmi dilakukan oleh pengeluar but bola sepak terbabit.
NIKE MERCURIAL VAPOR IX CR7 THE GALAXY 13-14
But Nike Mercurial Vapor IX CR7 THE GALAXY ini dilapor bakal berada di pasaran pada September ini.
COPA MUNDIAL 2014 (5 WARNA BERBEZA)
ADIDAS COPA MUNDIAL PUTIH / HITAM
ADIDAS COPA MUNDIAL SAMBA EDITIONS
But Adidas Copa Mundial akan dikeluarkan pada Oktober 2013 dengan keluaran terhad atau limited editon, manakala but Adidas Copa Mundial Samba Editions akan dikeluarkan pada tahun 2014 untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.
NIKE CTR360 MAESTRI III WHITE / BLACK / BLUE GAMMA
Mungkin akan dikeluarkan pada Mac 2014, sebelum Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.
NIKE MERCURIAL VAPOR IX WHITE / BLACK / ELECTRIC GREEN
But Nike Mercurial Vapor IX ini dilaporkan menjadi pilihan Nike bagi kegunaan pemain semasa Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil nanti. Jadi, rumours mengenai pengeluarannya pada awal 2014 nyata meleset.
ADIDAS ADIZERO IV NEXT-GENERATION BOOT
Menggunakan slogan, The planet's fastest boot, Adidas Adizero IV Next-Generation ini dijangka akan dikeluarkan pada November 2013 ini.
THE ADIDAS ADIZERO IV TECHNOLOGY
Kasut but Adidas Adizero IV Technology ini menggunakan teknologi paling terkini dalam penghasilannya. Mempunyai berat sekitar 150 gram, but ini merupakan but paling ringan didunia (15 gram lebih ringan berbanding generasi Adizero terakhir yang dikeluarkan).
Pada Mei 2013, Adidas turut mengeluarkan but paling ringan, 99 gram namun ianya hanyalah prototaip. Berikut merupakan gambar prototaip but terbabit:-
NIKE HYPERVENOM WHITE / BLACK / VOLT
Meneruskan kesinambungan Nike Hypervenom yang sebelumnya, but Nike Hypervenom White / Black / Volt bakal dikeluarkan pada awal tahun 2014. Jangan ketinggalan mendapatkannya.
Sumber / Foto: Footyheadlines
Tag: Nike Boot; Nike Football Boots; Football Boots; Adidas Footwear; Adidas Samba; Adidas Predator Boot
Social Plugin