MOHAMED SALAH ENGGAN BERSALAMAN DENGAN PEMAIN ISRAEL!

Insiden ini berlaku dalam perlawanan kelayakan Liga Juara Juara Eropah malam Selasa lalu membabitkan pertembungan juara Switzerland, FC Basel menentang kelab dari Israel, Maccabi Tel Aviv.

SALAH... enggan bersalaman dengan pemain Maccabi Tel Aviv. Foto: allsportisrael
Semasa pra-perlawanan, pemain sayap FC Basel, Mohamed Salah dilihat sengaja mengelak dari bersalaman dengan pemain kelab dari Israel, sebagai tanda tidak bersetuju dengan tindakan negara Yahudi terbabit menceroboh tanah milik rakyat Islam Palestin.

Cara yang dilakukan Salah adalah dengan pergi ke tepi padang berpura-pura untuk menukar kasut but Adidasnya. Satu tindakan yang bijak namun segera dihidu media Switzerland yang mengutuk tindakannya. 

Memburukkan lagi keadaan, Salah dilaporkan tidak mahu menyertai pasukan ke Israel bagi pertembungan timbal balik kelayakan Liga Juara Juara Eropah itu. Pihak UEFA dilapor akan menyiasat dakwaan ini. 

Dalam perlawanan di Basel tempoh hari, aksi menakjubkan Salah telah membantu FC Basel membawa bekalan satu gol ke Israel untuk mengharungi aksi timbal balik. Berikut merupakan insiden Salah menukar but di tepi padang. Teruskan pendirianmu, Salah! Allah bersamamu!


Foto: Allsportisrael, 101greatgoals
Tag: mohamed salah basel