Sejauh mana persediaan kelab EPL?

Dengan tinggal kurang seminggu sebelum tirai Liga Perdana Inggeris bakal disingkap, sejauh mana persediaan kelab Liga Perdana Inggeris (LPI) untuk menghadapi musim baru, 2013-14? Ayuh sama-sama kita ikuti ulasan oleh penulis akhbar Inggeris, Daily Mail, Riath Al-Samarrai mengenai kemampuan 20 pasukan LPI.

ARSENAL

Keputusan perlawanan terakhir: Arsenal 3-1 Manchester City (10 Ogos)

Lima menang, satu seri dan satu tewas dalam pramusim namun hanya mendapatkan seorang pemain. Perlukan seorang penyerang.

Semakan prestasi: 6/10

ASTON VILLA

KENTAL... Villa mendapatkan pertahanan, Jores Okore bagi memantapkan barisan pertahanan.
Keputusan perlawanan terakhir: Aston Villa 3-2 Malaga (10 Ogos)

Pramusim yang agak sibuk tetapi hanya mencatat empat kemenangan dari 10 perlawanan. Tiada pembelian besar tetapi menampilkan pemain remaja kebangsaan ke dalam pasukan.

Semakan prestasi: 6/10

CARDIFF CITY

VETERAN... pengalaman Craig Bellamy mampu membantu Cardiff kekal di Liga Perdana.
Keputusan perlawanan terakhir: Cardiff City 2-1 Athletic Bilbao (9 Ogos)

Mencatat keputusan pramusim yang sederhana dan melakukan pembelian yang memberangsangkan. Rekod perpindahan dipecahkan tiga kali musim panas ini tetapi masih memerlukan penambahan dalam pasukan.

Semakan prestasi: 7/10

CHELSEA

MUDA... Romelu Lukaku dan Marco van Ginkel mencabar untuk kesebelasan utama kelab.
Keputusan perlawanan terakhir: Chelsea 2-1 As Roma (10 Ogos)

Membelanjakan £30 juta sehingga kini dan kepulangan semula Jose Mourinho. Mereka akan pergi jauh jika berjaya mendapatkan Wayne Rooney. 

Semakan prestasi: 8/10

CRYSTAL PALACE

TUGAS BERAT... Yanncik Bolasie mengetuai jentera serangan Palace dalam usaha kekal di Liga Perdana.
Keputusan perlawanan terakhir: Crystal Palace 0-1 Lazio 

Pastinya, ketiadaan Wilfried Zaha akan dirindui Palace. Kelab yang baru dipromosi ini memerlukan penambahan pemain jika ingin meningkatkan peluang kekal di divisyen tertinggi di England ini.

Semakan prestasi: 5/10

EVERTON

MAHU DIKEKALKAN... bintang seperti Baines (kiri) mungkin meninggalkan Everton musim panas ini.
Keputusan perlawanan terakhir: Everton 0-1 Valencia (6 Ogos)

Kehilangan David Moyes dan mencatat keputusan pramusim yang kurang memberangsangkan, hanya dua kemenangan dari enam perlawanan. Kemampuan The Toffes diragui bagi mengekalkan beberapa pemain bintang mereka.

Semakan prestasi: 5/10

FULHAM

Keputusan perlawanan terakhir: Fulham 1-2 Parma (10 Ogos)

Melakukan pembelian yang bagus seperti Adel Taarabt, Derek Boateng, Maarten Stekelenburg dan Sascha Reither tetapi memerlukan seorang lagi penyerang. Mencatatkan keputusan yang baik dalam pra-musim.

Semakan prestasi: 7/10

HULL CITY

Keputusan perlawanan terakhir: Hull City 3-0 Real Betis (10 Ogos)

Sibuk dalam pasaran perpindahan dengan lapan pembelian baru tetapi masih perlu melakukan penambahan dalam pasukan. berdepan pasukan kuat dalam pramusim tetapi hanya tewas dua dalam lapan perlawanan.

Semakan prestasi: 6/10

LIVERPOOL

SAMAR... masa depan Suarez di Anfield masih belum menemui jalan penyelesaian.
Keputusan perlawanan terakhir: Liverpool 0-1 Celtic (10 Ogos)

Hanya mencatat satu tewas dalam tujuh perlawanan dan membelanjakan sebanyak £25juta dalam perpindahan pemain. Kini semuanya tertumpu kepada masa depan Luis Suarez.

Semakan prestasi: 6/10

MANCHESTER CITY

Keputusan perlawanan terakhir: Arsenal 3-1 Manchester City (10 Ogos)

Membelanjankan lebih £90juta dan membawa masuk pengurus baru. Pembelian baru mereka dijangka memerlukan sedikit masa bagi mendapatkan keserasian dalam pasukan.

Semakan prestasi: 8/10

MANCHESTER UNITED

JUARA... namun aksi pramusim yang mengecewakan ditampilkan van Persie dan Moyes.
Keputusan perlawanan terakhir: Manchester United 2-0 Wigan Athletic (11 Ogos)

Mencatat hanya dua kemenangan dari tujuh perlawanan dan pemain kedua terbaik mereka mahu meninggalkan kelab. Melantik pengurus baru menggantikan Sir Alex Ferguson, United baru membeli seorang pemain. Masih memerlukan pemain tengah kreatif dalam pasukan.

Semakan prestasi: 5/10

NEWCATSLE UNITED

KENTAL... Magpies hanya tewas sekali apabila Fabricio Coloccini beraksi.
Keputusan perlawanan terakhir: Newcastle 1-1 Braga (10 Ogos)

Melantik pengarah bola sepak yang baru namun tidak banyak pembelian yang dilakukan. Hanya membawa masuk dua muka baru tetapi skuad ini memiliki ramai pemain yang berkualiti. Hanya tewas sekali dalam enam perlawanan pramusim.

Semakan prestasi: 6/10

NORWICH CITY

Keputusan perlawanan terakhir: Norwich 2-0 Panathinaikos (10 Ogos)

Melakukan rombakan besar dalam pasukan dengan 14 pemain ditunjukkan jalan keluar. Pemain berkualiti seperti Ricky van Wolfswinkel dan Gary Hooper antara tujuh muka baru di Carrow Road. Pujian harus diberikan kerana berjaya mengekalkan John Ruddy di kelab.

Semakan prestasi: 7/10

SOUTHAMPTON

PENTING... Adam Lallana (kiri) menjadi kunci utama kejayaan Southampton musim ini. 
Keputusan perlawanan terakhir: Southampton 4-3 Real Sociedad (10 Ogos)

Pembelian nama besar seperti Victor Wanyama dan Dejan Lovren dilakukan dan mencatat keputusan baik dalam pramusim, menang empat dari enam perlawanan.

Semakan prestasi: 7/10

STOKE CITY

TIADA PERUBAHAN... Kenwayne Jones (kiri) bakal ketuai jentera serangan Stoke musim ini.
Keputusan perlawanan terakhir: Stoke City 0-0 Genoa (10 Ogos)

Tiada dana yang besar sepanjang musim panas - hanya sekitar £3juta - dan Mark Hughes dilaporkan telah menukar gaya permainan pasukan. Sesuatu yang menarik bagaimana gaya Hughes diterapkan oleh pemain Stoke. 

Semakan prestasi: 6/10

SUNDERLAND

ROMBAK... Sunderland membawa masuk ramai muka baru termasuk Jozy Altidore.
Keputusan perlawanan terakhir: FC Midtjylland 0-1 Sunderland (7 Ogos)

Tidak banyak perlawanan yang diaturkan dengan lebih kepada aktiviti luar padang. Aktiviti utama kelab  musim panas ini adalah urusan keluar masuk pemain. Paolo Di Canio mempunyai tugas besar mencari keserasian muka baru dalam pasukan.

Semakan prestasi: 6/10

SWANSEA

BERBISA... Bony menyerlah dalam aksi kelayakan Liga Europa bersama Swansea.
Keputusan perlawanan terakhir: Malmo 0-0 Swansea

Melakukan pembelian yang meyakinkan seperti Jonjo Shelvey dan Wilfred Bony dan mereka telahpun berasi dalam dua perlawanan kompetetif musim ini, Europa League.

Semakan prestasi: 8/10

TOTTENHAM HOTSPURS

TUMPUAN... Spurs mendapatkan tiga pembelian yang bagus termasuk, Roberto Soldado.
Keputusan perlawanan terakhir: Tottenham 1-1 Espanyol (10 Ogos)

Mengharungi kempem pramusim yang sederhana namun berjaya mendapatkan tiga pembelian yang baik. Jika mereka mampu mengekalkan Gareth Bale, pastinya skuad ini digeruni dan mampu meraih tempat ke Liga Juara Juara musim depan.

Semakan prestasi: 8/10

WEST BROMWICH ALBION

MASIH BERBISA... Anelka prolifik sejak sertai West Brom musim panas ini.
Keputusan perlawanan terakhir: West Brom 2-0 Bologna (10 Ogos) 

Musim panas yang agak sukar apabila majoriti pemain sasaran kelab disambar musuh seteru. Hanya dua penambahan ketika ini tetapi masih mampu mencatat lima kemenangan dari enam perlawanan. 

Semakan prestasi: 6/10

WEST HAM UNITED

WONDERKID... Morrison akhir menemui sentuhan terbaiknya dalam pramusim kelab.
Keputusan perlawanan terakhir: West Ham 2-1 Pacos Ferreira

Mereka berjaya mendapatkan Andy Carroll dan mungkin mendapatkan sentuhan magis Ravel Morrison. Masih mampu mencatat laan kemenangan dari sepuluh perlawanan.

Semakan prestasi: 6/10

Sumber/Foto: Mail; Whatculture