Penjaga gol berang baling muka ke budak 'Milo'

Bermula dari insiden Eden Hazard dengan ballboy di Stadium Liberty hinggalah kepada insiden Adrian dengan ballboy di Palace.

Banyak insiden membabitkan pemain bola sepak dan ballboy yang dilihat semakin kerap berlaku.

BALING... Beunardeau melepaskan geram kepada ballboy yang didakwa sengaja melambatkan permainan.
Terbaharu, minggu ini di Liga Beligum menyaksikan penjaga gol FC Tubize, Quentin Beunardeau membaling bola ke muka ballboy kerana didakwa sengaja mahu melewatkan masa.

Tindakan ballboy sengaja membangkitkan kemarahan Beunardeau yang mana pasukannya ketika itu ketinggalan 0-2 kepada tuan rumah, ROyal Antwerp.

Pengadil perlawanan hanya melayangkan kad kuning kepada Beunardeau atas tindakan kurang profesional yang dilakukan penjaga gol itu.