Kemenangan ke atas Trabzonspor semalam meletakkan Galatasaray berkelebihan satu mata di tangga teratas Turkish Super Lig.
Dua gol dijaringkan pemain tengah, Sofiane Feghouli dan Bafetimbi Gomis cukup membantu kelab gergasi Istanbul untuk merekodkan kemenangan.
Namun, paling mencuri tumpuan adalah jaringan tunggal Trabzonspor yang dijaringkan bekas pemain tengah AC Milan, Juraj Kucka pada lewat permainan.
Dikasari oleh Feghouli di kawasan tengah padang, pemain tengah berasal dari Slovakia itu mengambil keputusan mengambil sepakan percuma pantas terus ke arah gol.
Cubaan itu nyata berbaloi apabila bola tersebut terus masuk ke gawang Galatasaray selepas penjaga gawang pasukan itu terkeluar dari posisinya.
Biarpun tidak cukup membantu pasukannya naik dari kedudukan kelima, gol tersebut tetap dianggap menakjubkan!
Social Plugin