Benjamin Mendy melalui satu detik melucukan apabila dia dikejar dua pengawal keselamatan ketika berlari ke pada meraikan kejayaan Manchester City menumpaskan Liverpool 2-1 di Stadium Etihad awal pagi tadi.
Pertahanan kiri City yang tidak disenaraikan akibat kecederaan itu cuba dihambat pengawal keselamatan yang menyangka pemain itu adalah penceroboh padang.
Ini kerana ketika itu, Mendy hanya mengenakan topi, seluar dan jaket berwarna jingga.
Mendy sempat dipegang kedua-dua pengawal keselamatan namun untuk menutup malu selepas menyedari itu adalah Mendy, kedua-kedua individu berkenaan terus sahaja meluru ke tengah padang untuk bersalaman dengan pegawai perlawanan.
Mendy yang berkongsikan insiden itu di Instagramnya berkata, dia hampir diterjah selepas 'menceroboh' padang.
"Hampir diterjah semalam kerana menceroboh padang. Saya rasa macam Antonio Brown (pemain bola keranjang) yang melepasi kawalan pertahanan," katanya.
Social Plugin