Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menggunakan 'cuti' kawalan pergerakan ketika pandemik Covid-19 dengan sebaik mungkin apabila berjaya mengikat 'tie'atau tali lehernya sendiri.
Pada umur 52 tahun, ini mungkin sesuatu yang lewat pada usianya untuk belajar mengikat tali leher tetapi kekurangan ini sebenarnya telah ditampung Klopp sejak sekian lama dengan mengenakan seluar trek dan baju kelab ketika mengendalikan perlawanan.
Menerusi satu klip video yang dimuat naik akaun Twitter rasmi Liverpool menunjukkan bagaimana Klopp berkongsikan caranya mengikat tali leher Windsor, biarpun itu dirakam buat kali kedua.
👔 Jürgen's goal for the week: Done ✅ pic.twitter.com/oGGyZeTJjb— Liverpool FC (at 🏠) (@LFC) April 20, 2020
Dalam video tersebut memperlihatkan bagaimana gembiranya pengendali berasal dari Jerman itu menyudahkan ikatan tali leher dan mengakhirinya dengan tarian!
Foto: @lfc Twitter
Social Plugin