Brandon Williams beri bapa Mercedes hadiah hari lahir


Pertahanan Manchester United, Brandon Williams membuat kejutan pada ulang tahun kelahiran bapanya apabila menghadiahkan sebuah kereta Mercedes Benz baharu semalam.

Menerusi video yang tular di media sosial, bapa William seakan tidak percaya terhadap kejutan yang diberikan pemain muda berusia 19 tahun itu.

"Itu ke? (sambil menunjukkan ke arah sebuah kereta 4x4), serius? Saya akan menggeletar.

"Kamu cuba bergurau (Williams)? Tanya bapanya bagi mendapatkan kepastian.

Pemain itu kemudiannya menjawab, "Tak, pergilah periksa."


'Kejutan' yang dilakukan Williams terhadap bapanya mendapat pujian daripada penyokong.

"Tiada apa yang lebih baik daripada membanggakan ibu bapa," tulis seorang warganet.

Satu lagi ciapan di Twitter turut memuji sikap Williams, "Tidak pernah lupa asal usulnya."