Bintang Chelsea, Mason Mount menempuh detik 'memalukan' ketika menjalankan tugasan 'berlakon' sebagai jurujual kereta penaja, Hyundai.
Dirakamkan pada Februari lalu, Mount bersama seorang lagi bintang dari skuad wanita Chelsea, Erin Cuthbert menerima solekan khas sebagai jurujual kereta.
Menariknya, empat pemain lain, Fikayo Tomori, Kurt Zouma, Millie Bright dan Ji So-Yon berada di bilik pemantauan dan membantu Mount serta Cuthbert memberikan data lengkap kepada pengunjung.
Tugasan kedua-dua pemain itu mudah, mmendapatkan sebanyak mana pelanggan mendaftarkan diri untuk sesi pandu uji di pusat pameran Hyundai berkenaan.
Satu babak yang menarik dalam lakonan tersebut apabila Mount berjumpa seorang peminat tegar Chelsea.
Zouma memberikan arahan kepada Mount untuk bertanyakan pendapat pelanggan itu, "Apa pendapat kamu tentang Mount?
Mount hanya memandang ke arah kamera dan berdiam diri namun situasi itu dipanjangkan Cuthbert untuk mendapatkan lebih banyak pandangan penyokong The Blues itu.
"Dia bagus dan mempunyai detik-detik (prestasi) tersendiri," katanya.
Namun, yang sebenarnya Mount dan Cuthbert sebenarnya telah 'terkena' kerana kesemua pelanggan yang datang merupakan 'pelakon' yang ditugaskan menyukarkan tugasan kedua-dua bintang tersebut.
Social Plugin