![]() |
Edu meninggalkan Arsenal baru-baru ini bagi menyertai 'cabaran baharu' yang ditawarkan Evangelos Marinakis. |
Hartawan Greece yang juga pemilik Nottingham Forest, Evangelos Marinakis dilapor berminat menjadikan kelab ikonik Brazil, Vasco da Gama miliknya.
Selepas memiliki Forest, Olympiakos di Greece dan Rio Ave (Portugal), Marinakis mahu mengikuti model milikan pelbagai kelab seperti yang diamalkan Kumpulan Red Bull, Kumpulan Bola Sepak City (CFG) dan Blue Co.
Pengarah sukan yang baharu dilantik dari Arsenal, Edu dijangka memainkan peranan penting dalam perbincangan tersebut biarpun bekas bintang tengah Brazil itu pernah beraksi bersama musuh setempat, Corinthians.
Difahamkan perbincangan tersebut masih di peringkat awal dan memerlukan masa sebelum ia dapat dimuktamatkan.
Vasco sebelum ini dimiliki oleh 777 Partners, syarikat pelaburan Amerika Syarikat yang baru-baru ini cuba mengambil-alih Everton.
Untuk rekod, beberapa pemain ternama skuad Samba itu pernah beraksi untuk Vasco termasuk Romario, Bebeto dan Mazinho.
Sementara itu, Marinakis turut mempunyai hubungan dengan Brazil selepas menandatangani dua pemain dari liga negara itu seperti Danilo dan Murillo.
Social Plugin