San Marino catat kemenangan tempat lawan sulung

 


Pasukan di ranking ke-210 dalam senarai Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), San Marino mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kemenangan sulung di tempat lawan sejak penubuhannya.

Lebih menarik lagi, kejayaan menundukkan Liechtenstein, 3-1 merupakan kemenangan kedua skuad kebangsaan itu dalam tempoh 38 tahun dan ia dilakukan pada aksi peringkat kumpulan kejohanan Liga Negara-negara Eropah D, pagi tadi.

Nama seperti Lorenzo Lazzari, Nicola Nanni dan Alessandro Golinucci pastinya akan terpahat dalam sejarah bola sepak negara itu selepas membantu San Marino menewaskan lawan sekali gus menyaksikan mereka dinaikkan divisyen ke Liga C musim depan.

Tiga mata yang diraih juga menyaksikan San Marino berada di tangga teratas kumpulan 1 Liga D Liga Negara Negara Eropah meninggalkan Gibraltar dan Liechtenstein yang mana masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga.