Seorang pengadil dari Mexico digantung selama enam bulan selepas dilaporkan meminta tandatangan penyerang sensasi Inter Miami, Lionel Messi, minggu lalu.
Marco Antonio Ortiz Nava mencetuskan kontroversi apabila mendekati legenda Argentina itu selepas tamat aksi Piala Juara Juara membabitkan Inter Miami dan Sporting Kansas City.
![]() |
Insiden membabitkan Ortiz Nova (kiri) dan Lionel Messi selepas aksi Piala Juara Juara membabitkan Inter Miami dan Sporting Kansas City, minggu lalu. Foto: Sosial Media |
Media melaporkan, pengadil berkenaan telah melakukan permohonan maaf dan tandatangan Messi yang dimintanya adalah untuk diberikan ahli keluarganya yang merupakan golongan kurang upaya (OKU).
Sumber terdekat ESPN memaklumkan, Badan bola sepak Amerika Utara (CONCACAF) melakukan turut memberikan peringatan kepada Ortiz Nova dan bakal mengenakan penggantungan selama-lamanya jika ia berulang kembali.
Bagaimanapun, Ortiz Nova dilaporkan akan menyambung tugasnya mengadili perlawanan di liga tertinggi Mexico ketika penggantungan membabitkan aksi antara Puebla dan Club Tijuana.
Keputusan membenarkan pengadil berkenaan mengendalikan perlawanan agak mengejutkan apatah lagi Liga MX Mexico merupakan sebahagian daripada CONCACAF.
Social Plugin