Todd Boehly mendedahkan bahawa pemilik bersama kelab berbeza pendapat mengenai masa depan stadium, Stamford Bridge yang disifatkannya sangat kompleks.
Bercakap semasa temubual di Hong Kong, jutawan Amerika Syarikat itu berkata beliau lebih cenderung membina arena serbaguna baharu seperti yang dimiliki seteru kota London, Tottenham Hotspurs.
Bagaimanapun, Boehly tidak dapat mengesahkan sama ada ia akan melibatkan pembangunan semula Stamford Bridge atau berpindah ke lokasi baharu kerana kedudukan bangunan dan perumahan yang berhampiran stadium.
![]() |
Todd Boehly bercakap ketika ditemubual di Hong Kong, baru-baru ini. |
Tambahnya, mereka perlu mengambil kira pandangan dan mengadakan perbincangan bersama penyokong The Blues sebelum membuat keputusan.
Sementara itu, Boehly berkata biarpun isu stadium membabitkan dirinya dan pemilik bersama, Clearlake Capital yang diterajui Behdad Eghbali dan Jose Feliciano belum selesai, Chelsea masih berada di landasan yang betul.
![]() |
Chelsea memilik pasukan yang muda dengan purata umur pemain 23 tahun 195 hari. Foto: Chelsea FC |
Ini termasuk kejayaan kelab mengikat pemain muda berbakat seperti Estevao Willian, Kendry Paez dan Geovany Quenda.
"Jika anda lihat kepada evolusi pasukan, kami berada di landasan yang tepat dengan apa yang kami lakukan dan cuba bina. Ini merupakan pasukan yang muda dan diberikan kontrak yang panjang.
"Semua ini adalah baharu dan kami mahu kembalikan Chelsea ke tempat sepatutnya. Kami berada di kedudukan empat teratas ketika ini," kata Boehly.
Social Plugin