Josip Stanisic mencipta kontroversi ketika Bayern Munich tersingkir daripada saingan Liga Juara Juara Eropah apabila dirakam dengan sengaja menolak budak 'Milo' atau budak pengutip bola di San Siro, awal pagi tadi.
Insiden itu berlaku pada waktu kecederaan ketika Bayern yang ketinggalan 3-4 kepada Inter Milan secara agregat cuba memburu gol penyamaan untuk mengheret perlawanan ke waktu tambahan.
Budak pengutip bola yang duduk di atas bangku di tepi padang itu dilihat cuba melengahkan perlawanan dengan melontarkan bola ke arah bertentangan.
Berang dengan tindakan itu, Stanisic hilang sabar apabila menolak remaja itu yang kemudiannya terjatuh ke atas rumput.
Tindakan pemain pertahanan Bayern berkenaan mencetuskan ketegangan apabila pemain dan jurulatih di bangku simpanan Inter bangkit menyatakan kemarahan.
![]() |
Insiden membabitkan Stanisic (kiri) dan budak pengutip bola dirakam lensa ketika aksi Liga Juara Juara Eropah, di San Siro, awal pagi tadi. |
Menariknya, Stanisic tidak dilayangkan sebarang kad sebaliknya staf Inter menerima kad kuning kerana tindak balas yang diberikan.
Difahamkan pengadil gagal mengesan tindakan agresif pemain berkenaan.
Pada aksi di Milan awla pagi tadi, Harry Kane meletakkan Bayern di depan pada awal separuh masa kedua sebelum skuad bimbingan Simone Inzaghi itu bangkit menyamakan kedudukan menerusi jarungan kapten Lautaro Martinez.
Menang 2-1 dalam pertemuan pertama di Allianz Arena, Inter memperoleh gol kedua perlawanan menerusi tandukan bekas pertahanan Bayern, Benjamin Pavard.
Eric Dier menjadikan kedudukan 2-2 namun ia tidak mampu menghalang kemaraan skuad Nerazzurri untuk menempah slot separuh akhir menentang wakil Sepanyol, FC Barcelona.
Social Plugin